Thursday, May 28, 2009

.:sendirian berhad:.

mgu ni smp mgu dpn atau smp mgu2 dpn (mayb)...aku sensorang ja kat opis...yg lain sume nyah ke KL...huhuhu...agak buhsan tahap suku lg lima minit...

kdg2 sonok gak dok sorg2...wat keja sambei santai..ewahhh cam cuti2 mesia ja kan bunyi...tp kdg2 takut gak...mana la tau...tetiba "knock! knock! knock!...maaf ye cik puan pejabat ni dah tukaq hak milik...sila kosongkan dgn segera yaaa" hua hua hua...apakah makna itew?

nehiiiiiiiiiiiiiiiiii...aku masih mahu berkhidmat! ayat poyo seseorg apabila kesaorangan d opis...

Monday, May 25, 2009

.:di kala petang yang...:.


ptg yg teramat bosan...daku termenung d jendela..melihat burung2 berterbangan...kanak2 bermain bola...dan, aku hanya d tingkap...muakakaka

di suatu petang yg terik...teramat terik...leh nmpk kan cahya silau2 tu...kemarin la tu...tatau nk wat pa...abah kepada anak2 ini menghadiri kursus...kursus kawin dh lps...ni kursus kerjaya.. =)

utk mengelakkan siburung N**I berkicau2...merengek..nangis...aku soh dia dok kat tingkap...tgk bebudak main bola...ada la 2-3 kerat ank2 jiran dok tendang2 bola time tu...aku rasa dah kol 4++ tp still terik. sian gak bebudak tu..kena main dlm garaj. janji dpt sepak bola kan...

semua yg lalu...semua dia panggei "kawan"...tak kira tua, muda, kecik, besaq, girl, boy, auntie or bertaraf nenek ada mak kepada maknya seblah umah...bongkok2 dah la jln..semua tetap "kawan" dia panggei..."ibu..ibu...tuu tawan main bola..." errmm...

paling mengeri kan...ada la 2-3 org berbadan sasa..bertatoo penuh 1 badan...tinggi ala2 gengster..tegap! gagah! ganazz..!! kalo kena hempap aku rasa mau x bernapas....pun dia panggei..."haaiii tawannn"...errrrr..errr..nak oiii...ibu takut la org tu...ntah2 ketua gengster ka...ahlong kaa...ntah sapa2 yg ganas...itu bkn kawan kak long...kita senyum ja kalo jumpa...

Tuesday, May 19, 2009

.:realiti kehidupan:.

hidup x selalunya cerah...
kekadang d atas, kekadang dibawah
kekadang muram, kekadang gembira
kekadang sakit, kekadang sihat walafiat
kekadang seronok, kekadang bosannnnnnnn dengan *&#(*&(%* #^&% *&* #^&%&^!!

Monday, May 18, 2009

.:New7Wonders:.

Vote for Sipadan


ini la keindahan alam semulajadi yg aku sendiri x sempat nk terokai...ewahhh bunyi cam pandai diving ngan snokling ja kan..ekekeek...tp menurut sumber2 yg boleh d percayai, Pulau Sipadan ni mang teramattttt la cantiknya. di dasar laut katanya, kecantikan bagaikan syurga (syurga maksud di sini keindahan yang tak dapat nk d gambarkan). x terluah katanya. seingat aku Nurul Syuhada Nurul Ain Majalah 3 tu kata, terkelu lidah skejap...xtau apa yg nk diceritakan. Munkin bertapa takjub nya dia masa kat dasar laut kan.


subhanallah, cantik kan...tp kan...kalo aku kompem x turun..penakut la katakan...takut ikan gigit2 kaki aku...akakakakak...

Dulu pelancong blh kluaq masuk sesuka hati ja ke pulau sipadan nie, tp atas sbb2 tertentu...terpaksa di closed. Tapi di bukak balik utk tourist cuma cannot stay kat sana utk overnite. Kalo nk bermalam, di Mabul la pilihan tepat. Dari Mabul akan d bawak ke Sipadan utk tempoh sejam saja. time tu la utk snokling atau apa saja la. ini adalah untuk ciri2 keselamatan yg terpaksa di kawal. pulau sipadan tu kecik ja diameternya. dan dikatakan hanya berbentuk seperti cendawan. jadi katanya bimbang sekiranya bawah dasar laut tu crack fo sure la permukaan pulau tu x stabil kan. boleh imagin la kalo batang cendawan patah, apa akan jadi. ermm agak scary. Kalo nk tau lagi detail, blh la search kat cik google...bnyk jg info2 yg ada. aku ni kalo search suka tgk gambaq2 ikan ja...hahahaha...

Tapi entry kali ni nk ajak kawan2 skalian utk Vote for Sipadan untuk tersenarai antara 7 keajaiban dunia. Kita berada dlm kategori B. sekiranya berada pada ranking bawah 7, July ni kita akan masuk next stage. skrg kita kat ranking 12. jadi, jangan tunggu lama2...jom vote sekarang!!

Thursday, May 14, 2009

.:aduhai nasib badan:.

aku kan, kdg2 hangin ja ngan sorg mamat ni...tau la dia kat opis antara yg ter senior citixen...tp x semestinya aku yg junior alabamba nie kuli batak kan...

konsep dia kalo nk apa2...main suruh ja...konon dia abis bz la. cthnya kalo nk soh cr kan dia cd installer...siap dtg kat aku tanya tau ke tak...errrr...cam la aku jaga library skolah kan..siap ada listing buku2 apa. p la cari sndr apa dia nk! konon mls nk abiskan masa hanya kerana slongkar semua album2 cd...hek elehhhhh!! ingat aku ni hapa? kalo pandai amik pandai simpan elok2...xkan susah nk cr kan..

yg aku heran kan...gaya dia terlebih ckit la dari leader...ala2 PM gitew...gerobok tu seblah dia ja pun, sanggup mai kat aku soh amikkan dia surat itu ini...pastu dtg lg kat aku soh simpankan...aku nie merangkap admin+kuli batak la bg dia...hehehh lawak pn ada...hai cik mamat, kalo hang brjalan ke gerobok tu baru 2 lngkah..p blk baru 4 langkah...nih hang snggp jln kat aku 8 langkah..p blk dah 16 langkah...blm lg kes ko tekedek2 kat ctu..konon2 kompius..u-turn balik jumpa aku...total semua mau 25-30 langkah..
lawak la hang ni cik mamat oiii...cuma aku x puas ati...apasai kalo nk sesuatu tu nk jgk nyusahkan aku. yg aku hangin, kalo cd tu tarak..bley plak wat muka blur mata dua juling nek ats...konon2 aku la tu yg bg ilang...!!

pg2 suka wat mood aku down!

Tuesday, May 12, 2009

.:Khasiat Keju:.

Khasiat Keju Lebih Tinggi - Kosmo
KALAU disebut sahaja tentang keju, pasti ramai yang teringatkan iklan popular makanan itu yang pernah disiarkan di kaca televisyen suatu masa dulu. Antara dialog popular iklan itu tentunya, “Satu hari seorang pengembara membawa susu merentasi padang pasir. Dalam perjalanannya, dia mendapati susu itu telah bertukar menjadi keju.”

Walaupun iklan tersebut hanya mengambil masa beberapa minit waktu siaran di kaca TV, namun yang pasti ia meninggalkan kesan besar kepada kebanyakan penonton terutamanya kanak-kanak.

Ia bukan sahaja menunjukkan kepada kita bagaimana keju dihasilkan, tetapi mesej iaitu keju berasal daripada susu yang cukup jelas memberitahu betapa makanan pejal itu adalah santapan cukup berkhasiat.

Berasal daripada susu menjadikan keju sumber penting membekalkan karbohidrat, kalsium, protein, lemak, vitamin dan mineral. Walaupun selalunya bagi mereka yang berdiet, keju menjadi menu yang perlu dijauhi, namun dengan segala khasiat yang disediakan keju, pakar pemakanan mengakui keju boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang sederhana.

Pakar Dietetik dari California, Prof. Grace Lellment memberitahu sama seperti susu, golongan kanak-kanak adalah mereka yang mendapat khasiat besar daripada keju.

Sebagai contoh katanya, keju keras seperti chedar, setiap 100 gramnya membekalkan 36 peratus protein, 80 peratus kalsium, 34 peratus lemak dari jumlah keperluan gizi yang dicadangkan untuk sehari.

“Keju adalah satu lagi produk susu tetapi hadir dalam bentuk pejal. Tidak semua kanak-kanak sukakan susu, tetapi ramai yang tertipu apabila diberikan keju.

“Keju membantu ibu bapa membekalkan khasiat yang terkandung dalam susu untuk anak-anak mereka,” kata Lellment.

Namun, katanya, mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat yang disediakan keju sebenarnya jauh lebih tinggi daripada susu. Kandungan protein misal, 100 gram keju rata-rata mengandung 22.8 gram protein, sedangkan susu segar hanya 3.2 per 100 gram. Begitu juga dengan kandungan kalsium, keju mengandungi 777 miligram (mg) tetapi susu segar hanya sekitar 143 mg setiap 100 gram berat bahan
Beberapa hasil kajian mendapati keju dapat mengurangkan gejala sindrom pra menstruasi dan memperkuat tulang. Kandungan pelbagai mineral yang tinggi pada keju sangat baik untuk melindungi gigi daripada karies.

Malah, terdapat beberapa kajian yang diutarakan oleh pakar pemakanan, keju yang berbeza menyediakan fungsi atau manfaat pada tubuh yang juga berbeza.

Keju mozzarella contohnya, mempunyai tekstur yang lebih lembut berbanding keju jenis lain. Ramai yang biasanya memilih mozzarella untuk menurunkan berat badan sedangkan keju jenis ini lebih baik untuk pembentukan otot.

Keju kotej pula agak lembik dan berwarna keputihan. Tetapi dengan pelbagai zat yang baik untuk ereksi tubuh, pakar pemakanan menyatakan keju kotej baik untuk meningkat hubungan seks.

Keju chedar atau keju pejal mempunyai kandungan lemak yang agak tinggi. Selain menguatkan tulang, dan menyediakan sumber vitamin, keju jenis ini disimpulkan baik untuk tenaga.

Lantaran khasiat dan keenakan itulah, walaupun keju sebenarnya berasal dari Timur Tengah, masyarakat Barat adalah antara yang paling tinggi menikmati keju.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, rakyat Denmark, Greece dan Perancis adalah antara penggemar keju apabila secara purata setiap seorang penduduknya menikmati 28 kilogram, 25 kilogram dan 24 kilogram keju setahun.

Walaupun begitu, bagi mereka yang alah dengan laktosa, selain penderita sakit ginjal, jantung dan hati, pakar pemakanan menganjurkan pengambilan keju perlulah dihadkan. Ini kerana keju juga mengandungi garam dan lemak yang agak tinggi. – ZAMRI RAMBLI

.:Penat:.

Monday, May 11, 2009

.:anak sapa la nie:.

tekujat aku tgk ank dara nie...getah rambut dia boh kat kaki...rock kapak mana la nie...abih berpesen dah la kira nie...abah dia kata, kot ya pun nk gelang kaki..xyah la hint2 camnie...sian aihh tengok...kuikuikui...

Friday, May 8, 2009

.:wajah baru:.

setelah ku amati blog liza...cam cun laks rona itam...cam tenang setenang air di longkang kolah.ekekek sedap la ckit kan...tq some1..i lap uu
mekasih liza bg inspirasi...ewahhh...
credit to cik puan liza.

nti la aku godek2 lg...kot2 jiwa ku beralih arah plak...

Thursday, May 7, 2009

.:i'm a big big girl:.

aku skrg nie asyik nak makan hat sedap2 plak tu...xkira siang ka mlm...kalo dah nk kunyah...ku layan kan jua...smlm kol 10 smpt lg mkn nasi...apa nk jd tatau...diet tolak tepi sat...layan nafsu dulu..hehehhe...so, pada sapa2 yg lama x jumpa aku...jgn tekujat ye dgn perbedaan size badan kawan mu ini ;-p

resah dgn fizikal badan yg agak tottt...terutama tempat2 tertentu mcm ada spare tayar 3 tingkat...aku tanya mak aku..cemana la nk slim kan part tu...skali mak aku jwb "aku pun buncit gak, yg penting sehat" hua hua hua...kena sebijik. ya, yg penting sehat.

so, bilakah diet aku akan bermula? aisehhhh...dunno la yang...

Monday, May 4, 2009

.:adab dan sopan:.

memandangkan kita ni org Islam, Muslim sejati merangkap Melayu kuno (kuno bg aku Melayu sejati...pure Melayu...) ada adab2 sopan dan santun...jadi, secara x langsung kena la tumpahkan kuah ke nasi ckit2...pelan2 kayuh org tua2 cakap...dlm erti kata lain..mendidik ank2.

kak long dah pandai salam cium tangan (lama dah la...since kecik2 dah di biasakan)...jd terbawak2 la kat umah baby sitter...yg kebanyakan budak2 non-muslim...kadazan, cina, mix india, mix jepun-kadazan, kadazan melayu...stakat yg aku tau la. lps antaq aku, dia salam cium tangan..tu pun kalo sempat...ahaksss...semua nk cepat kan...blk pun gitu...kak long akan salam ngan bb sitter cium tangan..pastu ngan kakak2/abg2 (1,2,3 tahun ja beza) pn dia salam cium tgn. munkin ada 'sesuatu' di situ...lama kelamaan...semua 1 umah dah pandai salam cium tangan..smpkan baby setahun pn diorg ajar spy salam cium tgn..padahal tu baby cina (rasanya la...atau kadazan sbb putih semacam ja tgk...heheh)...parents diorg pun mcm hepi la tgk...ank2 sopan dgn org tua...smpkan bb sitter pun suka tgk cara kak long salam, tunduk sedikit utk cium tangan...sesuatu yg istimewa kan?

setiap kali memberi/menerima brg, mesti aku or abah nya cakap 'terima kasih'....a magic word! supaya dia biasa dengaq dan terikut2...Alhamdulillah, dia ikut jgk...cuma skrg, sejak duduk umah bb sitter..terslang omputih la plak...tengkiu menjadi "ten shiauuu"..heheheh...tapi tang sama-sama jadi "nama-nama"..oke la tu...still ada pelat jerman la katakan.

skrg dok ajaq dia..kalo bersin sebut 'Alhamdulillah'..dia sebut "a'am lah"...pueh ajaq...tp tu pun kena ingatkan...kalo dak...slumber mak badak ja bersin. yg aku dok risau takut kang "excuse me" huhuhu...menguap dia sebut "a a jimmm"...makan "bimila a a im"...bkn senang nk mendidik kan..kena rajin. semua benda nk kena ingatkan slalu.

cuma skrg xtau cemana nk biasakan dia, kalo lalu dpn org yg lebih tua..kena hormat...tunduk atau minta izin...paling tidak jln d belakang...ank aku main redah jaaa...dpn org tu dia lalu wat dek...kdg2 malu jgk ngan tetamu...tergamam dek kerana perbuatan ank sndiri. takut org kata, x reti ajaq ank la plak...

sesungguhnya, adab dan sopan itu sesuatu yg indah kalo d praktikkan kan..?

Sunday, May 3, 2009

.:kuasa veto:.

syabas principle Tiara krn mggunakan kuasa veto nya utk AFMASUK. pestime rasanya kan dlm musim2 AF yg lalu...slalu nya ASTRO yg poyo itu ini...ok la tu...sedikit kelainan...ewahhhh...cam peminat setia plak bunyinya...prappp....!!

sbenaqnya tajuk d atas secara kebetulan plak...arini mang aku bgtau kak long awai2 (paham atau tdk aku kurang pasti...yg pastinya aku menang...heheh)...aku nk tgk tv...nk tgk konsert AF...utk mengisi kekosongan d hujung mgu...almaklum la...hari2 keja x sempat. pastu balik2 chnl 613...ku layankan jua...

dlm masa dok syok2 tgk (x concentrate pun), ada la jgk kak laong dok merengek2 soh bukak katun. tp aku wat dek ja...ats alasan 'my turn'. abis konsert ibu janji nk bukak katun. oke la...wpun ada jgk bunyi2 pastu. smp la saat si AC Mizal ni umum 2 org skali terkluaq kan...so feeleng pun ala2 la ckit...memandangkan principle pun ala2 syahdu kan...syok2 la layan feeling...tetiba..toink!! henpon melayang kena lengan aku...bkn sakit pn...cuma tekejut dgn tindakan drastik kakak...mayb dia protes sbb nk tgk katun. yg aku terasa hangin...baru kecik ketek tu dah pandai nk wat something. baguih utk usia dia dah pandai ber pk...tp yg x baguih nya sbb dia membaling...kang esok2 sure buat lagi...nak apa2 main campak ja tanda protes.

dan aku pun tetiba mendapat smangat dr principle Tiara, trus aku bgn off tv..dgn kuasa veto seorg ibu..."mlm nie no tv, no katun...kena tdq awai. kakak kena denda sbb baling henpon kat ibu. kalo buat lagi, tdq dlm toilet atau no tv sampai 1 mgu..amik MR.Pooh tdq sekarang.." dgn nada yg agak tegas la jgk. mmg aku dah hangin...sbb takut benda yg sama berulang kan. nasib la husban aku pn wat dek ja. dan nasib laaaaa dia dengaq cakap...trus stop nangis, amik mR.Pooh then baring. aku dok terbayang dia meraung2 beguling2...jenuh aku. sambil tu aku wat la susu tuk dia...dlm ati kesian jgk...kecik lg kan...tp terpaksa jgk bertegas.

tetiba dengaq kakak cakap "aaaa...aaaa...apaaaa?"...xdak plak aku becakap dan x dengaq plak husban aku becakap....rupa2nya ala2 nk amik perhatian la..supaya kami berdua bg respon. aku ngan husban aku secara kebetulan wat deeeeeekkk ja...heheheh trus dia terdiam. tektik x menjadi. pas minum susu trus tdq...

no wonder la kakak tu lebih kat abah nya sbb aku ni agak (mmg kot) tegas, garang...dan pot pet pot pet la jgk...beserta gerakan pantas tangan....cemana la aku nie nk jd ibu mithali?

Saturday, May 2, 2009

.:termenung jauh:.

masa nie tgh bergilir nk solat magrib kat shoping complex. tengah2 borak ngan si kakak yg tengah minum coffee shake (mcm x shake pun)...tetiba dia bg aku minuman dia tu...aku pun merasa la...skali terpandang dia...tengah merenung jauhhhh...ermmm..dlm ati aku..."erkk baru kecik ketek camni dah pandai termenung" aku xtau samada dia meniru gaya aku atau btol2 termenung sambil memerhati org lalu lalang d pintu masuk...

moral of the story, budak2 skrg nie cepat matang agaknya kan...