Wednesday, September 9, 2009

.:Pelat Semulajadi:.

Pelat Semulajadi
Written by Admin
Monday, 28 January 2008

BUKAN sesuatu yang pelik jika kanak-kanak bercakap pelat kerana pada peringkat awal tumbesaran, kanak-kanak tidak boleh mendapat bunyi yang betul..
Secara biologi, lidah mereka tidak boleh mendapat bunyi yang tepat dan apabila si kecil menutup bibir dan menghembus, perkataan pertama yang akan keluar ialah `ma'.
Sebab itu, panggilan untuk ibu di seluruh dunia kebanyakannya bermula daripada huruf M seperti 'mak', `mama', `mummy' dan `ma' kerana is antara perkataan awal yang keluar daripada mulut bayi.
Saintis Social dan Eksekutif Unit Penvelidikan dan Pembangunan Intelek Uforia UiTM Perak, Airil Haimi Adnan, berkata pelat kanak-kanak bukan berpunca daripada ajaran orang dewasa, sebaliknya perkara semula jadi yang tidak boleh dielak dan biasanya dilalui setiap kanak-kanak.Menurutnya, perkataan itu kemudian diikuti sebutan `pa', lalu timbulkan perkataan `papa' untuk memanggil bapa. Perkataan lain seperti `abah', 'ayah' dan 'umi' jugamudah disebut, tetapi kanak-kanak menyebut suku kata akhir terlebih dulu yang lebih mudah disebut sebelum dapat menyebut perkataan penuh.Sementara itu, untuk mereka yang menggelarkan diri sebagai ibu atau bonda, walid (bapa), si anak mengambil masa menyebut perkataan berkenaan kerana si bayi akan menuturkan apa yang mampu dikeluarkannya dulu."Pada 1980-an dan 1990-an, masyarakat kita sering diingatkan supaya jangan melayan kanak-kanak dengan bercakap pelat kerana dikhuatiri menyebabkan kanak-kanak itu tidak dapat bertutur dengan baik apabila besar."Sebenarnya, ada dua pendapat berbeza dalam hal ini, iaitu tidak salah bercakap pelat jika hendak mengajuk atau bermanja dengan anak itu."Kanak-kanak boleh faham percakapan kita j ika kita 'bercakap bahasa betul atau bercakap pelat ketika berbual dengannya. Satu pendapat lagi, jangan amalkan bercakap pelat sebab nanti mcmpengaruhi kecekapan si kecil bertutur," katanya.Punca kanak-kanak lambat bercakap bukan disebabkan dia bercakap pelat. Per-bezaan gender antara faktornya iaitu kanak-kanak perempuan lebih cepat membezakan bunyi, menyebabkan dia lebih cekap bercakap berbanding kanak-kanak lelaki.Bagaimanapun, daripada segi lain, kanak-kanak lelaki lebih cepat menguasai kemahiran fizikal, misalnya berlari berbanding kanak-kanak perempuan."Sebaik-baiknya, apabila kanak-kanak mampu bercakap normal, jangan bercakap pelat dengannya kerana kanak-kanak tidak menyukai kelakuan itu kerana rasa dipermainkan. lni menyebabkan dia tidak berminat bercakap atau berbual. Jika hendak mengusik tidak mengapa, tetapi jangan diamalkan," katanya.Menurutnya, sampai satu tahap apabila kanak-kanak itu dapat mengenal pasti bunyi yang betul, si kecil akan bercakap dengan bahasa betul."Jika pada usia enam tahun kanak-kanak itu masih pelat, perkara itu boleh diterima. Bagaimanapun, jika pada usia tujuh hingga lapan tahun dia masih tidak mampu bercakap dengan betul, ibu bapa diminta berjumpa pakar bahasa percakapan bagi merujuk masalah itu," katanya.


Inilah masalah aku...ank sulong cakap pelat ckit...dan kadang2 lebih suka memendekkan perkataan...bg aku normal la..xda masalah...apa yg aku buleh buat...bercakap dengan dia secara normal..sebut sebijik2...dan ada improvement..wpun ada sesetengah bunyi kurang jelas. mcm "R", "S"...

benda ni mendatangkan masalah bila ada org dok compare2...aku xda la kecik ati...cuma...budak2 kalo blom pandai jalan...abiss..xkan la aku nk p tongkat kaki ngan kayu bg tegak...kalo budak lom pndai cakap...xkan aku nk pasang microfon dlm tekak...bg seseorang tu...dia akan rasa pelik..janggal..seolah2 ank aku ja la paling ajaib dlm dunia nie...serba serbi lambat...jika nk d bandingkan dgn....

pastu bila dh pandai bertatih...lain plak jd nya...'ehh apsal mcm mengengkang ja nie? tu la sbb pakai pampers la nie..sbb dok dlm walker nie..'...1001 sebab!

bila dh pndai becakap..pelat la plak...
'apsal ank kamu pelat...?' -oooo, biasa la tu bdk2...lain org lain la caranya. lgpun ank sulong...kdg2 munkin bnyk lg kena blaja..
'ehhh tak jgk..ank akak yg sulong wpun lmbat brcakap...tp bila dh pndai becakap..fasih' -ooo...xper...biar la dia pelat..yg penting kita becakap normal..sebut sebijik2..jgn plak terikut2...
'ermmm...'

'blom pandai jalan..lambat nya...ank akak 8 ke 9 bln dh pndai jln...' -biasa la...dia dpt yg lain dulu...gigi tumbuh dulu sbb tu kot kaki lambat ckit... **kenapa nk d bandingkan yg pandai jln 8-9bulan...yg lain2 setahun lebih br pndai jalan..xnak banding ke?
'tumbuh gg dulu kang cepat buruk..' -ermm sama cam kakak dia, tumbuh gg dulu masa 7bln...
***ank sulong aku sama baya ank dia yg sorg tu...kalo nk compare...gg ank aku start tumbuh masa 7bln leh tahan la ckit dr gg ank dia yg tumbuh lambat tp dah rongak...tp kan...tak kan la tu pn aku nk compare kan...alahaiiiiii...



ada lagi ke yg tak kene pasni?

8 comments:

zura said...

yg penting belum ada research yg mengaitkan pelat tu bodoh, dan cepat bercakap tu IQ lg tinggi.. anak aku yg nombor 3 tu x pelat, tapi sampai sekarang (nak masuk 4 tahun) belum pandai berdikari berbanding kakak2 dia.. pakai baju, pakai seluar nak berak pun kena tanya.. kdg2 berpeluh2 tahan berak.. ko pakai headphone je bila cakap dgn org mcm tu.. SIL ke? hehe

sesemutku said...

itu la kan...lom ada kajian kata bodoh...letih kan serba serbi x kena...
hehehe

mama idzareef said...

betullll...tak perlu nak banding2 kan..budak2 mmg different milestone dorang kan.. eee..benci la ngan org2 camni..ada otak pk la kan.. respek la ngan sesemutku..rilek je jawap balik ape org cakap.. huhu..saya tak blh..mmg kalo kene tu terus down sgt2..tu yang smpi skrg mmg takda mood lsg nk blog.. benci kalo 'org tu' baca.. hmm..

sesemutku said...

mama eve: utk pengetahuan mama...ni la kali pertama ada kekuatan nk mnjawab...slalu tu kena smash...trus down dlm ati...muka ja konon2 xda apa2...

Mr. and Mrs. Mokhsin said...

alah,abaikan org2 macam ni...kat mana2 pon ada org cenggini...konon dalam donia ni..anak dia la serba serbi pandai,bagus...sumer2 lah..

yg penting, kita tahu kita dah ajar anak kita the best that we can afford,itu sudah cukup...

mcm my doter dulu keding la skit kan..pastu aku pakaikan baju nampak ketiak kan...depa kata.."eei....nampak tulang,nak pakai baju cekci.."...takkan la aku nak kata kat dia.."eeiii....kulit itam ada hati nak pakai baju pink.."takkan la aku nak kata gitu kot la kan? w/p mmg hakikatnye anak dia tak cerah mana...sbb gelap ka...cerah ka..janji sihat.dok gitu ?

sesemutku said...

haaa btol tu...kita kalo nk membalas mcm blh je...cuma dh d ajar kan...tatatertib cemana...ni main suka suki ja nk complain...mulut xda insuran...agaknya org2 gitu lom kena buku ngan ruas kot...skali skala pekak telinga...tp kalo dah setiap kali jumpa cam ada ja yg x kena...naik panas gak tlinga aku...tp tu la..nsb la aku ni jenis diam...blkg kalu mkn ati...kot aku serang time tu..kompem putus sedara...hahahaha

liza said...

jakim oh jakim

Teech Airil said...

Assalamualaikum dan salam hormat,

Maaf saya tumpang lalu di weblog ini, terbaca pulak komen Puan tentang banding-membanding anak dan kisah gagap semula jadi. Ini asalnya dari akhbar Metro Ahad beberapa tahun lepas.

Kalau saya sampuk sikit tak apa, ye? Anak kami yang baru 2 1/2 tahun tu pun selalu juga kena jadi bahan perbandingan. Saya biasa saja tapi kesian pula Bunda dia siap nangis lagi bila orang kata anak dia terlalu kecik la, kurang makan la, nampak tulang la, dan itu dan ini...

Yg penting si kecil tu sihat. Itu anugerah Tuhan tu, cuma kita yang tak selalu terlupa.

Apapun tentang pelat anak Puan usah dirisaukan. Kanak-kanak ni semuanya hebat dan lagi 'terrer' dari orang tua macam kita. Diorang yang sebenarnya akan pilih jalan perkembangan sendiri dan akhirnya dengan izin Tuhan, akan menjadi individu yang memenuhi potensi diri.

Kita orang tua mereka kerja kita hanya menyokong perkembangan dan membantu pertumbuhan. Itu saja. The rest is up to them - terserah kepada Si Kecil Kontemporari.

Eh, panjang pula saya menyampuk... salam untuk Puan dan famili :o)

Airil Haimi Adnan
TeechConsult.com