Tuesday, May 12, 2009

.:Khasiat Keju:.

Khasiat Keju Lebih Tinggi - Kosmo
KALAU disebut sahaja tentang keju, pasti ramai yang teringatkan iklan popular makanan itu yang pernah disiarkan di kaca televisyen suatu masa dulu. Antara dialog popular iklan itu tentunya, “Satu hari seorang pengembara membawa susu merentasi padang pasir. Dalam perjalanannya, dia mendapati susu itu telah bertukar menjadi keju.”

Walaupun iklan tersebut hanya mengambil masa beberapa minit waktu siaran di kaca TV, namun yang pasti ia meninggalkan kesan besar kepada kebanyakan penonton terutamanya kanak-kanak.

Ia bukan sahaja menunjukkan kepada kita bagaimana keju dihasilkan, tetapi mesej iaitu keju berasal daripada susu yang cukup jelas memberitahu betapa makanan pejal itu adalah santapan cukup berkhasiat.

Berasal daripada susu menjadikan keju sumber penting membekalkan karbohidrat, kalsium, protein, lemak, vitamin dan mineral. Walaupun selalunya bagi mereka yang berdiet, keju menjadi menu yang perlu dijauhi, namun dengan segala khasiat yang disediakan keju, pakar pemakanan mengakui keju boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang sederhana.

Pakar Dietetik dari California, Prof. Grace Lellment memberitahu sama seperti susu, golongan kanak-kanak adalah mereka yang mendapat khasiat besar daripada keju.

Sebagai contoh katanya, keju keras seperti chedar, setiap 100 gramnya membekalkan 36 peratus protein, 80 peratus kalsium, 34 peratus lemak dari jumlah keperluan gizi yang dicadangkan untuk sehari.

“Keju adalah satu lagi produk susu tetapi hadir dalam bentuk pejal. Tidak semua kanak-kanak sukakan susu, tetapi ramai yang tertipu apabila diberikan keju.

“Keju membantu ibu bapa membekalkan khasiat yang terkandung dalam susu untuk anak-anak mereka,” kata Lellment.

Namun, katanya, mungkin ramai yang tidak mengetahui khasiat yang disediakan keju sebenarnya jauh lebih tinggi daripada susu. Kandungan protein misal, 100 gram keju rata-rata mengandung 22.8 gram protein, sedangkan susu segar hanya 3.2 per 100 gram. Begitu juga dengan kandungan kalsium, keju mengandungi 777 miligram (mg) tetapi susu segar hanya sekitar 143 mg setiap 100 gram berat bahan
Beberapa hasil kajian mendapati keju dapat mengurangkan gejala sindrom pra menstruasi dan memperkuat tulang. Kandungan pelbagai mineral yang tinggi pada keju sangat baik untuk melindungi gigi daripada karies.

Malah, terdapat beberapa kajian yang diutarakan oleh pakar pemakanan, keju yang berbeza menyediakan fungsi atau manfaat pada tubuh yang juga berbeza.

Keju mozzarella contohnya, mempunyai tekstur yang lebih lembut berbanding keju jenis lain. Ramai yang biasanya memilih mozzarella untuk menurunkan berat badan sedangkan keju jenis ini lebih baik untuk pembentukan otot.

Keju kotej pula agak lembik dan berwarna keputihan. Tetapi dengan pelbagai zat yang baik untuk ereksi tubuh, pakar pemakanan menyatakan keju kotej baik untuk meningkat hubungan seks.

Keju chedar atau keju pejal mempunyai kandungan lemak yang agak tinggi. Selain menguatkan tulang, dan menyediakan sumber vitamin, keju jenis ini disimpulkan baik untuk tenaga.

Lantaran khasiat dan keenakan itulah, walaupun keju sebenarnya berasal dari Timur Tengah, masyarakat Barat adalah antara yang paling tinggi menikmati keju.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, rakyat Denmark, Greece dan Perancis adalah antara penggemar keju apabila secara purata setiap seorang penduduknya menikmati 28 kilogram, 25 kilogram dan 24 kilogram keju setahun.

Walaupun begitu, bagi mereka yang alah dengan laktosa, selain penderita sakit ginjal, jantung dan hati, pakar pemakanan menganjurkan pengambilan keju perlulah dihadkan. Ini kerana keju juga mengandungi garam dan lemak yang agak tinggi. – ZAMRI RAMBLI

7 comments:

Hai said...

bait-bait indah dari artikel ini akan membuatkan aku terus memperjuangkan ciskek hingga ke penghujungnya. yeahh!!

m@ said...

sodap mkn cheese..tp ma x boleh mkn bnyk kang poning..pelik tul.hehe

sesemutku said...

hai: yaaaa...sbb tu aku tempek...hahahaha...jom sama2 kita berjuang! ying ying wama yi ting ying...(liza, tlg btolkan yee)

luv_ma: oke la ma, leh menten badan...ahaksss

miz_eda said...

bagus artikel nih..selama ni ingatkan tak bagus kalau amalkan keju kat anak2 every day..siap wat peraturan lak kena bagi anak2 keju selang sehari, pasnih boleh la bagi tiap2 hari :)

sesemutku said...

efi: baguih cheese ngan yogurt tuk ank2...doc pun suggest menda nie..
ank aku hat sulong pantang nmpk..

Unknown said...

dok cari khasiat keju...blog u yg terkeluar..he3 (^.^) good info..anak buah i dulu kurus..n akak i bg keju..badan dia nampak penuh,,bukan gemuk ok..dat y i turut try makan keju..tapi baru2 je..(^.^) nak amal setiap hari..

Anonymous said...

https://www.facebook.com/TerbaikkCheesePowder